Mengenai Resepi@HE
Resepi@HE adalah sebuah laman blog yang memaparkan resepi-resepi yang sesuai untuk seisi keluarga.Kesemua resepi di dalam Resepi@HE boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja baik untuk mereka menambah koleksi resepi ataupun bagi mereka yang baru belajar menyediakan hidangan.Cara penyampaian resepi kami juga tidak rumit dan mudah untuk diikuti.
Resepi yang terdapat di dalam Resepi@HE adalah datang dari pelbagai sumber resepi masakan dan bukan resepi asli ciptaan dari Resepi@HE.Walau bagaimanapun,setiap resepi yang ada di Resepi@HE ini telah pun di cuba sendiri dan sememangnya lazat.Jadi tidak rugi sekiranya Resepi@HE berkongsi resepi ini dan boleh dicuba oleh semua lapisan masyarakat.
Resepi@HE sebenarnya adalah salah satu cabang dari laman blog Hujan Emas.Nama HE itu sahaja sudah merujuk kepada singkatan kepada Hujan Emas (HE).Sekiranya anda merujuk kepada URL laman Resepi@HE ini sahaja,alamat URL nya adalah seperti
hujanemas-resepi.blogspot.my.
Tujuan laman ini dibuka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk berkongsi resepi masakan yang pelbagai cita rasa.Blog Resepi@HE ini telah diwujudkan sejak September 2017 selepas Hujan Emas beroperasi.
Buat pengetahuan anda,laman Resepi@HE juga turut berkongsi laman sosial Facebook bersama Hujan Emas disini.Jadi,sebarang pesanan dan apa-apa perkembangan dari Resepi@HE,anda boleh merujuk kepada laman Facebook Hujan Emas.
Begitu juga dengan laman Twitter Resepi@HE.Kami turut berkongsi laman sosial Twitter bersama Hujan Emas disini.
Rujukan :
- Maggi Malaysia
- MyResepi.com
- Blogopsi.com
- Lain-lain rujukan
Resepi@HE