Resepi Masak Sardin



Apabila sebut sahaja sardin,ini merupakan hidangan paling ringkas dan paling mudah.Sebab apa?Tak payah susah-susah pergi pasar beli ikan sardin lepas tu nak perap bagai.Sebab banyak je ikan sardin dalam tin terdapat di pasaran.Murah pulak tu.Tapi tak apa.
Kali ini Resepi@HE membawakan satu resepi sardin yang sangat simple dan mudah.Kot-kot ada yang baru nak belajar memasak kan.


Bahan-bahan


  • 1 Tin sardin
  • 1 biji bawang besar (Dihiris halus)
  • 3 ulas bawang putih (Diketuk atau dimayang)
  • 1 biji lada hidup (Dimayang)
  • Garam
  • Gula
  • Secukup rasa
  • Tomato (Kalau tak nak,tak apa)
  • Ubi Kentang (Kalau tak nak,tak apa)

Cara Penyediaan


  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan seperti bawang besar , bawang putih dan lada hidup sehingga naik bau.
  • Apabila sudah naik bau,masukkan ikan sardin ke dalam kuali.
  • Masukkan lebih kurang 1/2 isipadu air dari dalam tin sardin tadi.
  • Bagi yang sukakan kuahnya cair,lebihkan air.
  • Masukkan garam , gula dan secukup rasa dengan kadar secukup rasa.Agak-agak je.
  • Jika ada tomato dan ubi kentang,boleh masukkan kedua-duanya.
  • Apabila kuah sudah mendidih,kecilkan api dan tutup untuk merenehkan sedikit lebih kurang seminit.
  • Siap untuk dihidang.

Selamat Mencuba!


Resepi@HE

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Ayam Masak Kicap