Resepi Ayam Masak Kicap

Ada antara kita ni sebenarnya dah muak dengan lauk masak kicap.Sebab rata-rata sebenarnya ramai yang tahu resepi mudah ni.Tapi tak semua orang yang tau.Mana tau ada antara kita ni yang baru nak belajar memasak.Masak air pun boleh hangus haaa..
Tapi tak mengapa.Mari kita lihat resepi mudah ni,Ayam Masak Kicap
Masakan ni sebenarnya sesuai untuk seisi keluarga.Baik anak-anak,baik ibu ayah,baik sesiapa pun.Sebab kuantiti tahap kepedasannya tu kita boleh control terutama anak-anak yang masih belum tahan makan makanan yang pedas.
Untuk variasi yang kurang pedas,kurangkan kuantiti cili.Untuk variasi orang dewasa,lebihkan cili.Lebih cili,lebih pedas.Lagi uumpph! terutama untuk Admin yang kuat makan ni.
Apa-apa pun,pilih bahagian ayam yang kita gemari.Seeloknya bahagian yang ada isi lebih.Kalau sukakan tulang,letak laa satu (1) ke dua (2) bahagian tulang.Tak semua orang makan bahagian tulang.
Bahan-bahan
- 1/2 ekor ayam (bergantung pada kuantiti hidangan)
- Cili padi dipotong menjadi dua (2) bahagian (ikut tahap kepedasan)
- Kicap Lemak Manis
- Serbuk kunyit
- Sos Tiram (Untuk pekatkan kuah)
- Garam secukup rasa
- Bawang putih (Untuk tumis)
- Bawang Merah (Untuk tumis)
- Halia (Ditumbuk halus untuk tumis)
- Bawang Besar dihiris nipis
- Serai ditumbuk hancur (Jangan hancur terus)
Cara Penyediaan
- Bersihkan ayam yang sudah dipotong lebih kecil.Bersihkan ayam.Ambil serbuk kunyit,gaulkan ayam tadi dengan serbuk kunyit.Tujuannya untuk menggoreng ayam.
- Panaskan kuali dan goreng ayam yang sudah digaul dengan kunyit tadi.Dah siap masak,ketepi sekejap.
- Tumis bahan-bahan seperti bawang putih,bawang merah,serai,halia hancur dan bawang besar yang dihiris nipis tadi.Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan air,kicap lemak manis,cili padi dan tambah sos tiram kalau nak.Ini adalah bahan kuah.Kuantiti air bergantung kepada saiz hidangan dan kuantiti ayam.Agak-agak jer.
- Masukkan garam dan penambah perasa secukup rasa.Jangan terlebih.Masin nanti.
- Masukkan ayam ke dalam kuali.
- Kacau sehingga rata dan tutup sekitar lima (5) hingga (7) minit.Boleh agak-agak jer.
- Siap untuk dihidangkan.Untuk hiasan,taburkan daun bawang atau daun sup yang dihiris halus.Menambah selera untuk hidangan.
Siap sudah lauk yang sesuai untuk seisi keluarga.Bukan sahaja ayah ibu,anak-anak pun boleh join sekali.Selamat mencuba!
- Lebihkan kicap dan sos kalau nak tambah pekat
- Lebihkan air kalau nak lebih cair

Resepi@HE
Comments